Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.
Monday, February 17, 2014
Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini
Pelbagai versi mengenai hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong yang telah Abang Nara dengar. Ada versi “masih tak mengaku bercinta“, ada versi “kawan tapi mesra“, ada versi “nak kahwin tapi tak tahu bila” dan yang terbaru versi “rancang kahwin tahun ini“. Kebenarannya? Hanya Zizan dan Emma Maembong sahaja yang tahu.
Abang Nara tak salahkan mereka berdua. Kadang-kadang harapan peminat memberikan sedikit tekanan buat Zizan dan Emma. Cakap macam ini salah, cakap macam itu salah. Mungkin Zizan dan Emma sampai tak tahu nak cakap apa. Namun apabila ditanya bilakah akan mengahwini Emma, Zizan berkata menerusi Berita Harian:-
Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.
Bagi Abang Nara kalau dah ada perancangan pun dah kira OK dah. Sekurang-kurangnya niat dah ada. Orang kata, niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Apa pun buat masa ini, Zizan Razak masih belum masuk merisik Emma Maembong. Diharap peminat yang mahu melihat mereka disatukan dapat bersabar. Insya Allah kalau jodoh tak ke mana. Doakanlah agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.
Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.
No comments:
Post a Comment