Thursday, March 6, 2014

RTM Dapat Hak Penyiaran Piala Dunia 2014


RTM Dapat Hak Penyiaran Piala Dunia 2014 | Terbaru yang kami terima dari Utusan Online yang mengatakan bahawa kini RTM telah mendapat hak penyiaran piala dunia baru-baru ini . Pasti korang suka kan ? Tak perlu nak guna astro dah RTM free je . Baca selanjutnya

RTM Dapat Hak Penyiaran Piala Dunia 2014 

Radio Televisyen Malaysia iaitu (RTM) telah berjaya memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak yang pernah mencacat rekod dunia dengan bilangan pengunjung yang amat ramai iaitu Piala Dunia bersama FIFA , yang akan berlangsung di Brazil mulai pada tarikh 12 Jun hingga 13 Julai tahun 2014
Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Mohd. Ismail berkata, RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.


Beliau berkata, RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD).


"Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran awal 'Detik Kira 100 hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014' oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong.


Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, penyiaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.


Menurutnya, lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan.


Ahmad Shabery juga berkata, sebahagian besar daripada dana bagi pembelian siaran eksklusif itu diperoleh daripada penajaan syarikat swasta.


"RTM berusaha mencari dana. Kita tidak minta dana tambahan daripada Perbendaharaan negara, ia tidak adil jika kita terpaksa minta duit rakyat.

"Kita mohon syarikat menaja dan sebagai balasan mereka mendapat hak iklan ketika siaran kejohanan itu," katanya. - 


Berikut yang dikata oleh pihak RTM . Hehe


Nota : Pasti siapa yang tidak mempunyai astro akan gembira dengan berita ini kan ? pasti punya lah. harap pengulas datuk Haji Hasbullah Awang lah mesti lagi sedap hehe. Apa komen anda ? Cuba Kongsikan


Sumber

No comments:

Post a Comment