Sunday, March 2, 2014

Video Ngeri! 33 Orang Awam Maut Di Tikam


Ngeri! 33 Orang Awam Maut Di Tikam | lagi berita kejam yang kami terima. Kejadian ini berlaku di China bukan Malaysia. Apa punca nya secara tiba-tiba sekumpulan lelaki ini menyerang orang awam tersebut. Baca kisah ini selanjutnya

Ngeri! 33 Orang Awam Maut Di Tikam

Menurut saksi kejadian yang berlaku di Stesen Keretapi Kunming di daerah Yunnan jam 9.20 malam kelmarin, para penyerang menikam orang awam yang melintasi mereka di luar terminal stesen sebelum bergerak masuk ke dalam komuter.

Pihak polis berjaya menembak mati empat suspek, menangkap seorang daripada mereka dan masih memburu yang lain.

Terdapat khabar menyatakan, dua daripada penyerang yang masih belum dapat dipastikan motif sebenar mereka itu merupakan wanita.

Kerajaan China dipercayai menyalahkan ekstremis agama dari barat wilayah Xinjiang yang mempunyai isu dengan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, kejadian amuk di tempat awam menggunakan pisau bukan perkara baru di China.Beberapa gambar lagi




Tonton video tersebut di bawah





Nota : harap pekara macam ini di jauhi lah dari kita . Memang kejam. Bukan siket yang mati .. 33 orang mati dan 120 cedera . memang gila lah sekumpulan suspek tersebut. Apa pun syukur Malaysia masih aman sehingga sekarang

No comments:

Post a Comment