Sunday, March 23, 2014

Christian Bale Bakal Memeran Watak Steve Jobs untuk Biopik Terbaru Arahan Fincher



balejobsNampaknya Hollywood masih lagi belum selesai mengautkan keuntungan dari hikayat hidup Steve Jobs. Khabar angin bertiup kencang dari studio bahawasanya penulis lakonl ayar Aaron Sorkin sedang sibuk menulis serta mengadaptasi buku biografi Steve Jobs dari penulis Walter Isaacson.
Mengikut laporan dari laman web The Wrap, Aaron sedang mengusahakan projek ini bersama Sony dan sekiranya diberi lampu hijau, David Fincher bakal berada di kerusi pengarahan. Untuk projek ini berjalan pilihan utama Fincher adalah pelakon method dan pemenang Oscar Christian Bale.
Penentu kejayaan projek filem autbiografi ini menurut Fincher adalah terletak kepada persetujuan Bale yang kini mahu berehat panjang dari dunia lakonan setelah menyelesaikan satu projek filem epik di bawah arahan Ridley Scott.
Terdahulu pelakon Ashton Kutcher pernah melakonkan watak Steve Jobs dari syarikat Open Road Films dan hanya mencatat kutipan sebanyak $35juta. Sony percaya bahawa masih ada lagi pasaran global yang lebih luas untuk satu lagi projek filem biografi Steve Jobs dan ianya perlu menampilkan barisan pelakon kelas A Hollywood.
Dijadualkan produksi filem ini bakal bermula pada awal tahun 2015. Bersama Sorkin di bahagian penulisan lakon layar dan Fincher sebagai pengarah, Sony mengharapkan tuah combo kreativiti dua-dua individu ini boleh mencetak kembali kejayaan yang mereka ciptakan menerusi filem The Social Networkyang terbit pada tahun 2010.
Share Button

No comments:

Post a Comment