Tahniah diucapkan kepada komposer Julfekar dan penyanyi Min Yasmin yang bakal disatukan dalam majlis pernikahan yang akan diadakan pada 4 April 2014 di Masjid Kota Damansara sejurus selepas solat Jumaat.
Media Hiburan Online yang menghubungi Min Yasmin telah berkongsi perasaan menjelang hari bahagianya;
"Perasaan saya berdebar-debar menjelang tibanya hari pernikahan. Sehingga hari ini banyak perkara yang belum diselesaikan. Namun, terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu demi memastikan majlis kelak berjalan dengan lancar."
Dalam pada itu, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi untuk sebelah perempuan pada 5 April di Kota Damansara manakala tarikh 13 April dipilih untuk majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki. Majlis ini akan berlangsung di N'dah Mahligai Shah Alam dengan bertemakan 'My White Garden'.
"Min hanya mengharapkan majlis yang sederhana sahaja. Paling penting, biarlah majlis ini berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh semua individu penting dalam hidup Min," ujarnya lagi yang tidak menolak sebarang bentuk tajaan jika ada yang sudi meraikan hari bahagia mereka.
Menyentuh mengenai majlis pernikahan, Min menjelaskan mas kahwin yang bakal diterima adalah sebanyak RM1000 beserta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya. Min juga akan menerima tujuh dulang hantaran dengan berbalas sembilan.
Tentunya kini Min dan Julfekar sedang giat melakukan persiapan untuk menyambut hari bahagia mereka. Media Hiburan Online mendoakan agar segala yang dirancang berjalan lancar dan seterusnya majlis ini akan menjadi peristiwa terindah dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment