Pelakon Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, berhubung kenyataan memfitnah yang dimuat naik di laman sosial pada tahun lalu. 
 
Hanez dalam tuntutannya mendakwa Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi akaun Instagram 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas.
 
Malah, Mohd Fairus juga didakwa memburukkan dirinya kepada rakan lain, rakan artis dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya.
 
sebelum ini, Hanez ada mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf dan selepas permohonan maaf tersebut dibuat, Mohd Fairus telah 'retweet' semula tweet daripada akaun yang lain dengan tujuan untuk memalukannya.
 
Hanez Suraya mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.
 
Beliau menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya.


Sumber : Media Hiburan