Terbaru Ramai Pemuda Dengar Letupan Kuat Di Pulau Kapas ? | Terbaru dari harian metro mengatakan bahawa 8 pemuda mendengar letupan kuat yang mungkin bunyi dari pesawat tersebut. Jom baca apa yang ditulis oleh wartawan harian metro ini
Terbaru Ramai Pemuda Dengar Letupan Kuat Di Pulau Kapas ?
Kesemua 8 orang pemuda tersebut mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan juga ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang pada jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.
Alias Salleh, berkata kepada wartawan, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.
"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.
"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.
"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
"Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya.
"Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek," katanya.

Nota : Berikut perkongsian dari remaja yang mendakwa bunyi itu mungkin dari pesawat tersebut. Admin tak boleh lah nak beri pendapat sebab tak ada di tempat kejadian. Apa komen anda ?
No comments:
Post a Comment