Namun di saat segala usaha digembleng untuk menyelesaikan kehilangan pesawat MH370, insiden yang tidak patut berlaku menimpa kakitangan MAS di Beijing, China.
Waris dan keluarga penumpang yang sedih, letih dan keliru dilihat menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.
Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta penjelasan sebenar.
Ini adalah perlakuan yang amat tidak bertimbang rasa.
Bayangkan, jika kapal dan pesawat daripada sepuluh negara yang dikerah menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu hingga ke saat ini, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada sanak saudara penumpang ini?
Bagaimanapun, ini adalah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat memahami keadaan ini.
Diharapkan mereka terus tabah memikul nama syarikat dan Malaysia bagi menyelesaikan masalah yang secara tak langsung, turut melibatkan antara negara ini.
Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada bila-bila masa jika perlu.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam 2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan 153 daripadanya warga China.
Sumber mynewshub
No comments:
Post a Comment