Wednesday, March 12, 2014

TUDM Kesan Pesawat Tidak Dikenali Lepas Kehilangan Pesawat MH370


TUDM Kesan Pesawat Tidak Dikenali Lepas Kehilangan Pesawat MH370 | Terbaru dari sidang media yang di buat tadi, Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat MH370 yang hilang itu. baca selanjutnya apa yang dia katakan.

TUDM Kesan Pesawat Tidak Dikenali Lepas Kehilangan Pesawat MH370


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan, satu pesawat agak pelik di udara dan juga tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan oleh ramai pihak.


Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang juga dijadualkan ke Beijing.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar tempatan dan luar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Bercakap dalam sidang media petang ini, Rodzali berkata pesawat yang tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera yang berjaya mengesan pesawat yang juga tidak dikenali itu berada pada radar atau kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang. 

Nota : Pelik betul admin lah. Dah 5 hari kehilangan pesawat ini baru nak bagi tahu. Admin tak boleh nak komen banyak . takut admin ditangkap SKMM. Apapun harap pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara dapat lah mengesan pesawat ini.


Sumber

No comments:

Post a Comment