Monday, March 3, 2014
2 Tabiat Wanita Membawa Ke NERAKA !
DUA TABIAT WANITA MEMBAWA KE NERAKA
Satu hari Nabi Muhammad SAW menyampaikan peringatan kepada sekumpulan wanita.
"Assalamualaikum wahai wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka." Seorang wanita bangun lalu bertanya.."Apakah yang menyebabkan demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"
Rasulullah menjawab. "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua TABIAT kamu yang tidak elok dan boleh menjerumuskan kamu ke neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami"
Contoh 1. Mengutuk/menyumpah
Katakanlah dah lama tunggu bas, mulut kita pun menyumpah
"Driver bas ni dah mampus agaknya!" Perkataan MAMPUS tu termasuk dalam kategori menyumpah. Juga perkataan CELAKA. Baru nak goreng nasi, gas pun habis...."CELAKA punya gas, masa ni pulak dia ni habis. Wanita memang mudah menyumpah, bukan saja suami disumpah, tetapi barang-barang di rumah pun semua disumpahnya.
Contoh 2. Kufur kebaikan suami
Rasulullah SAW bersabda "Tidakkah pernah kamu jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup kamu, kamu berbuat baik kepadanya, tetapi pada suatu ketika, disebabkan dia tidak dapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ni, saya tak nampak pun kebaikan awak" Maka akan gugurlah pahala-pahala amalannya. -Terjemahan langsung dari bahasa Arab.
Ikut bahasa masyarakat kita "Selama saya hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Awak tak guna sesen pun" Jika dia berkata begitu kepada suaminya,pahalanya selama ini akan habis, dan dia akan menjadi penghuni neraka....
Pada akhir pertemuan dgn kumpulan wanita itu, baginda berpesan agar mereka banyak>BERISTIGFAR (ASTAGFIRULLAH...) dan BANYAK BERSEDEKAH. Dalam kitab-kitab disebut, paling baik sehari beristigfar 70 atau 100 kali. Ia akan menggugurkan dosa-dosa kita satu persatu.
Semoga ia dapat mengingatkan diriku dan kalian juga agar kualiti kehidupan kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment