Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera. Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias sedang hamil di usia 40-an.
Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dilapor berkemungkinan hamil selepas lambat datang haid. Dan perkara tersebut disahkan oleh Zain Saidin ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.
"Betul, sudah seminggu lebih Che Ta lambat datang haid. Kami belum buat sebarang pemeriksaan atau merujuk ke doktor. Kalau boleh, biar sampai dua atau tiga minggu lagi. Selepas itu barulah boleh dapat keputusannya.
"Buat masa sekarang, kami tidak mahu terlalu berharap. Kalau tidak ada, sedih pula kan. Jadi, tunggu sahaja dulu. Kalau, ada syukur alhamdulillah," ujar Zain yang memberitahu isterinya itu memang teringin menimang anak dengan segera.
No comments:
Post a Comment