Saturday, March 8, 2014

KISAH MISTERI BRUCE LEE MATI SELEPAS TEWAS DENGAN SILAT MELAYU ( DATO MEOR ABDUL RAHMAN)

                                 


KISAH MISTERI BRUCE LEE MATI SELEPAS TEWAS DENGAN SILAT MELAYU  
( DATO MEOR ABDUL RAHMAN) Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman 
telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau
ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.Dalam perjalanan pulang
ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong
Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telahdisapa oleh Bruce Lee, pakar
Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru
Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahmantelah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan
dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman
agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu
yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman
menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika
Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang 
terbaik di dunia.Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan
Bruce Lee.

Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu
Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat 
dengan Bruce Lee.Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul
Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul
Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap 
serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.

 Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya
 pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor
Abdul Rahman telahmenasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau.
 Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor
 Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.Untuk mengelakkan
 keadaan daripadamenjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh
beberapa orangmenuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. 

Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan
serangan kakinya pun mula mengasak.Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor
 Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan
(Kipas Nandung) yang tepatmengenai rusuk Bruce Lee.Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang
 nyata berbisa telahmenyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas
 kasihan keatas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee 
menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.Setelah Bruce Lee pulih daripada 
kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui
kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.

                                

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee
dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid
kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji
tentang Seni Silat Melayu.Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya
pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian
daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top
sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri..
Ketika bertarungan Bruce Leemenggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya
 Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita –
berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit.
Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat
disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James
Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat
analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang
pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang
ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk
menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal
sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.



No comments:

Post a Comment