Saturday, February 22, 2014

1 Hari Akan Tinggal 23 Jam Sahaja ?


1 Hari Akan Tinggal 23 Jam Sahaja ? | Kini sainstis dari NASA pula mengkaji bahawa dunia akan menjadi 23 jam dalam 1hari. Biar betul ? Ini semua kerja Allah, Dia hanya meramalkan sahaja yang dunia akan menjadi perubahan. Kita jangan percaya pula. Jom baca apa kata Richard Gross ni.

1 Hari Akan Tinggal 23 Jam Sahaja ?

Memanfaatkan data dari United States Geological Survey, hasil pengiraan itu menunjukkan adanya perubahan pembahagian masa di bumi. Gempa Jepun telah membuatkan bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memendekkan waktu dalam satu hari sehingga 1.8 mikrodetik atau satu persejuta detik.

Pengiraan yang dibuat juga menunjukkan bahawa paksi bumi bergerak sekitar 17 centimeter ke arah timur. Perubahan paksi ini akan membuatkan pergerakan bumi sedikit berbeza. Namun itu tidak mempengaruhi posisi bumi di ruang angkasa kerana hanya kekuatan luaran seperti daya graviti matahari, bulan, dan planet-planet lain yang mampu mengubah itu.

Seputar semakin singkatnya waktu dalam satu hari yang sudah tidak mencapai 24 jam, sebagai gambaran, akibat gempa dengan magnitud 8.8 skala richter yang terjadi 2 tahun lalu di Chile, waktu dalam satu hari telah dipercepat sebesar 1.26 mikrodetik dan mengubah paksi bumi sekitar 8cm.

Ditambah pula dengan menggunakan kaedah pengiraan serupa yang dilakukan setelah gempa dengan magnitude 9.1 skala richter yang menghantam Aceh tahun 2004 lalu, waktu dalam sehari sudah berkurang sebanyak 6.8 mikrodetik akibat berubahnya paksi dan bentuk bumi sekitar 7 cm.

“Putaran bumi terus berubah, dan tidak hanya disebabkan oleh gempa, namun juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin di atmosfera dan arus lautan,” kata Gross, seperti dikutip dari Science Daily, 10 Mei 2011. 
“Bagaimana gempa memengaruhi putaran bumi bergantung pada skala, lokasi, dan bagaimana gempa terjadi,” 

ucapnya.

Gross menyatakan, dalam satu kurun, waktu dalam satu hari boleh bertambah dan juga berkurang sekitar satu milidetik atau 550 kali lebih besar dibandingkan akibat gempa Jepun. Demikian pula dengan paksi  bumi yang boleh berubah sekitar 1 meter dalam satu tahun akibat pelbagai gempa. 




“Secara teori, apapun yang mampu meredistribusi masa bumi akan mengubah putaran planet Bumi,” kata Gross. “Namun demikian, perubahan putaran dan paksi bumi seharusnya tidak mempengaruhi kehidupan kita seharian. Perubahan ini sangat perlahan. Orang ramai tidak perlu bimbang,”
ucapnya.

Nota : Sama ada pekara ini berlaku ataupun tidak kita jadikan pengajaran buat diri kita sendiri. Apa komen korang ? Cuba Kongsikan 

SUmber dipetik : Billyinfo

No comments:

Post a Comment