Hubbard yang ditahan Mac lalu didapati bersalah dalam beberapa tuduhan antaranya mengendalikan kenderaan air dengan cuai dan menjalankan operasi tanpa lesen, menurut laporan sebuah laman gosip.
Kile yang ketika itu duduk dalam pelampung getah yang ditarik sebuah bot dikatakan mengalami kecederaan parah selepas jet ski yang dikendalikan Hubbard merempuhnya.
Kejadian itu berlaku ketika Kile bercuti bersama bapa kandungnya, Ryan Glove. Kile koma selama tiga minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Julai 2012.
Sejurus selepas hukuman, ibunya, Tameka yang mempunyai dua anak bersama penyanyi itu memberitahu, biar apapun keputusan tidak akan dapat menghidupkan kembali anak kesayangannya.
Usher, 35, dan bekas penata gaya selebriti itu melalui proses perceraian yang menyakitkan. Namun, beberapa bulan selepas kematian Kile, Tameka meluahkan kesedihan dan kesunyian selepas kehilangan.
“Saya rindukan Kile. Kami memasak dan ketawa bersama-sama. Dia suka menyanyi dan menari. Kile memang seorang yang pandai bergurau,” katanya dalam nada sebak ketika diwawancara Oprah Winfrey.

No comments:
Post a Comment