ramai di antara anda yang tak percaya dengan ketulusan dan kerelaan hati Almy Nadia menerima kembali Fizz Fairuz di dalam hidupnya setelah pelbagai kontroversi yang terjadi di antara mereka berdua. Kalau difikirkan secara logik, patutnya cinta mereka sudah berakhir lama. Namun ternyata Almy dan Fizz kuat jodohnya. Mereka berdua bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
Menariknya menerusi Berita Harian hari ini, Almy Nadia sendiri mengakui dia tidak tahu mengapa dirinya tidak ragu-ragu untuk menerima kembali cinta yang dihulurkan oleh Fizz Fairuz. Kata Almy:-
Menariknya menerusi Berita Harian hari ini, Almy Nadia sendiri mengakui dia tidak tahu mengapa dirinya tidak ragu-ragu untuk menerima kembali cinta yang dihulurkan oleh Fizz Fairuz. Kata Almy:-
Ibu hairan kenapa saya terlalu taksub kepada Fizz sehingga beliau menggelarkan percintaan kami sebagai “cinta mati”. Entahlah saya pun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya.Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya, Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya.Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Saya pun tak sangka begitu mudah hati ini memaafkan Fizz, walaupun saya tak nafikan, hubungan kami agak tragis.Jika saya tak kuat, mungkin hubungan kami tidak akan bertahan sampai ke tahap ini. Barangkali saya sudah lebih matang, daripada marah lebih baiklah saya reda dengan apa yang berlaku kepada saya selama ini.
Rasanya kalau kisah cinta Almy difilemkan dan didramakan pasti akan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Memang penuh tragedi, kisah duka dan paling penting, berakhir dengan kegembiraan buat semua pihak. Apa pun, akhirnya kebahagiaan menjadi milik Almy Nadia jua. Semoga perkahwinannya dengan Fizz kelak akan berakhir dengan “cinta mati” seperti yang dikatakan oleh ibunya. Sama-samalah kita doakan.
Sumber- Nara
No comments:
Post a Comment