Saturday, February 22, 2014

Antara Faktor Utama Mengapa Suami Malas Melakukan Seks

Antara Faktor Utama Mengapa Suami Malas Melakukan Seks





Saya menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama sedangkan mereka baru berkahwin?”

Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.Jika begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam!

Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.

Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan terhadap anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.

Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan anggota kelamin suami. Kesudahannya, si isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.

Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak mencengkam.Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin cuba tidak dilarang agama.

Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.


Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca catatan ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan. Suami perlu memastikan isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan.

Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan diidamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan. Jika ada yang tidak kena, maklumkan pada pasangan dan cari penyelesaian sebaiknya demi kebahagiaan rumah tangga.


sumber hmetro


No comments:

Post a Comment