Saturday, February 22, 2014

Arak dan Dadah Hancurkan Hidup Artis Wanita



BINTANG filem yang sering menimbulkan masalah iaitu Lindsay Lohan mengaku mempunyai tabiat buruk iaitu ketagihan dadah dan arak.

Lindsay, 27, berkata, perbuatan itu menyebabkan kehidupannya menjadi kucar kacir sehingga terpaksa disumbat ke dalam penjara selain mempunyai beban hutang yang banyak.

“Saya mengaku mengambil dadah jenis kokain dan ketagih arak. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang berantakan,” katanya seperti disiarkan portal mail online yang memetik wawancaranya bersama Oprah Winfrey pada Ahad.

Katanya, walaupun kehidupannya tidak bahagia seperti keluarga lain tetapi dian tidak menyalahkan ibu-bapanya iaitu Dina dan Micheal apabila dibesarkan dalam sebuah keluarga yang huru-hara.

Malah tabiatnya yang suka meminum arak selama ini kerana mempunyai persepsi kehidupannya ‘tidak akan rasa gembira pada esok hari’ menyebabkan hal itu suka dibendung.

“Saya sentiasa berasa hari esok tidak akan menggembirakan saya. Sebab itulah saya terus dengan sikap meminum arak dengan banyak selain ia merupakan masa untuk saya berparti,” katanya.

Dalam pada itu dia turut menafikan mengambil pil bagi mengruangkan berat badan sebaliknya mengamalkan pengambilan vitamin.

Menerusi wawancara itu Lindsay turut berkata, dia juga penah mengamalkan tabiat mengambil pil tidur tetapi perbuatan itu sebenarnya amat menakutkan kerana tidak pernah terfikir kesan yang bakal diterima.

Wanita ini turut memberitahu, ketika di zaman kemewahan, dia mempunyai wang yang banyak sehingga mampu mempunyai apartmen sendiri selain kerap menginap di hotel tetapi sayang sekali dia seorang yang degil dan tidak mendengar nasihat keluarga.

Malah dia turut berasa kesal kerana tidak berterima kasih dengan dirinya selain menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun dia harus memuji dirinya kerana semasa dalam pengaruh dadah, dia tidak mencederakan diri sendiri ataupun melakukan khianat kepada orang lain.

baca kisah lain:
~Azwan ALI BANGGA BUANG Keluarga --> (KLIK SINI)
~Anak Malu dengan Ziana Zain --> (KLIK SINI)


No comments:

Post a Comment