Jambu Tidak Mahu Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi | Berita terbaru yang kami dapat dari abg nara yang mengatakan Jambu tidak akan menyertai MLM lagi kerana ada sesetengah pihak ingin melagakan mereka ? Biar betul . Jom baca selanjutnya
Jambu Tidak Mahu Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi
Ini semua berpunca daripada isu agihan tiket yang diberikan kepada setiap peserta MLM2013. Kebiasaannya tiket akan diberikan kepada Tauke Jambu. Kemudiannya Tauke akan membahagiakan tiket tersebut kepada Yus untuk diberikan kepada para penyokong mereka. Namun untuk peringkat akhir, tiket terus diberikan kepada Yus dan Tauke tidak mendapat sebarang tiket langsung. Terang Tauke menerusi Pancaindera semalam:-
Ya (isu pengagihan tiket). Tapi bukan Yus yang saya marah sebaliknya dengan pengurusan. Selama ini apa sahaja perkara berkaitan Jambu, saya yang uruskan. Sama ada hal wardrobe, susunan persembahan, dan sebagainya, semua orang rujuk pada saya.Kenapa malam akhir MLM untuk urusan agihan tiket tidak melalui saya? Jadi berlakulah salah faham apabila tiket yang sepatutnya diagihkan sama rata cuma Yus sahaja yang dapat. Dan Yus yang telah diberikan tiket itu fikir kesemua tiket yang diserahkan kepadanya adalah untuk dia kerana dia ingat saya dah dapat.Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku. Macam mana saya tak bengang.
Akibat salah faham ini, Tauke terpaksa meminta pembantunya beratur untuk membeli tiket agar dapat diberikan kepada penyokongnya. Tauke sendiri pelik mengapa pada malam final MLM2013 sahaja pihak pengurusan tidak merujuk kepadanya mengenai perkara tiket ini. Tauke melahirkan rasa terkilannya terhadap pengurusan MLM:-
Saya dah dengar penjelasan Yus dan tak salahkan dia. Yang saya terkilan adalah dengan pihak pengurusan MLM pada malam itu. Saya kena pastikan tiket itu ada. Saya taknak orang kata Tauke kaki kencing, menipu orang.Sebab itulah saya dan Yus nekad tak mahu lagi menyertai MLM. Itu akan jadi MLM terakhir kami selepas kami dapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan kami berdua.
Nota : Buat peminat Jambu mesti sedih kan kerana mereka tak mahu menyertainya lagi. Biasa lah kalau dah femes mesti orang tidak suka .. huhu. Apa komen anda ? Cuba Kongsikan
Sumber dipetik ; beutifulnara
No comments:
Post a Comment