Begitupun, selepas tiga edisi ABPBH Adi Putra bergelar finalis, rezekinya untuk menjulang trofi belum kunjung tiba. Tahun ini, buat kali ketiga bintang berasal dari Singapura ini dicalonkan dalam kedua-dua kategori TV dan filem, iaitu pencapaian yang bukan calang-calang buat seorang artis. Peminat nyata setia menyokong kerjaya seni lelaki berbakat ini, dengan mengundi dirinya setiap kali ABPBH diadakan.
Cuma, selepas berakhirnya edisi ke-26 tahun lalu, Adi pernah menyuarakan hasrat mengundurkan diri daripada anugerah pilihan peminat ini, menerusi akaun Twitter miliknya. Beliau seakan kecewa apabila kejayaan tidak berpihak kepadanya walaupun saat itu, nama pelakon Aku Terima Nikahnya ini disebut-sebut antara yang bakal mencipta kejutan.
Peminat beri ruang
Begitupun, kisah tarik diri itu hanya senyap begitu saja apabila peminat sekali lagi memberikannya ruang untuk bergelar finalis dalam dua kategori terbabit, pada edisi ke-27 ini.
Ditemui pada majlis sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah di ibu kota baru-baru ini, Adi mengaku pernah menyatakan sedemikian, namun beliau tidak menyatakan sebarang tempoh tertentu untuk berbuat begitu.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat
No comments:
Post a Comment