Budak 6 Tahun Beli Kereta Untuk Awek Yang Berusia 10 Tahun | Percayakah anda budak yang berusia 6 tahun ni datang ke kedai yang menjual kenderaan bersama teman wanita nya yang berusia 10 tahun untuk membeli sebuah kenderaa. Hahaha. Comel je .. Jom baca kisah selanjutnya
Budak 6 Tahun Beli Kereta Untuk Awek Yang Berusia 10 Tahun
Dia yang pergi ke kedai berkenaan sempena Hari Kekasih meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal.
Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit.
“Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),”
menurut pekerja kedai berkenaan.
“Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu mencuba kenderaan itu,”
katanya.
Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya.
Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama “teman wanitanya” tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu.
Gambar kenderaan Tersebut
Nota : Wah kecil-kecil dah pandai bercinta. Romantik sungguh kekanak zaman sekarang ni. Nasib lah berita ini bukan berlaku di Malaysia. Kejadian ini berlaku di China. ahhaha. Kalau dah besar macam mana lah budak ni. Apa komen korang ? Cuba kongsikan
SUmber dipetik : Billy info
No comments:
Post a Comment