Secara sinis, pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini dilanda kontroversi bersama Lisdawati telah menyahut cabaran untuk melakukan pemeriksaan otak seperti yang disuruh oleh suami aktres itu, Fauzi Nawawi.
Tindakan Sharnaaz ini dilihat begitu berani dan mendapat reaksi positif daripada peminatnya. Menerusi gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Sharnaaz turut menulis status yang berbunyi;
"Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss".
Dalam pada itu, kontroversi ini umpama tiada noktahnya tatkala kedua-dua pihak beranggapan masing-masing berada di pihak yang benar. Malah, tidak mustahil kes ini akan dibawa ke muka pengadilan apabila sehingga kini tiada sebarang permohonan maaf dibuat oleh pihak Lisdawati mahupun Sharnaaz.
MH online berharap agar kes ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak rugi sekiranya salah satu pihak mengalah bagi menjernihkan keadaan.
No comments:
Post a Comment