Sharnaaz Memberi Tahu Dia Digelar "Anjing Kurap" Oleh Nisdawati Dan Fauzi | Info terbaru dari Sharnaaz sendiri yang mengatakan dia dia digelar anjing kurap oleh Fauzi dan Nisdawati. Macam tak percaya juga lah pasangan tersebut sampai sanggup keluarkan perkataan kesat macam ini. huhu. Baca selanjutnya >
Sharnaaz Memberi Tahu Dia Digelar "Anjing Kurap" Oleh Nisdawati Dan Fauzi
Amaran ini dikeluarkan oleh Sharnaaz selepas keadaan menjadi semakin buruk. Kata Sharnaaz:-
Saya bagi masa seminggu kepada Poji dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keaadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan secara baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan ma bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin.
Menurut Sharnaaz lagi, Lisdawati sering memburukkan dirinya di lokasi tanpa sebab lantas menyebabkan dirinya menengking pelakon wanita itu. Tambah Sharnaaz lagi:-
Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab. Benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua.
Sharnaaz juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Nampaknya kemelut ini tidak akan berakhir dengan mudah. Pening kepala Abang Nara dibuatnya. Tak tahu siapa yang bersalah. Sama-samalah kita nantikan dalam masa seminggu ini. Mana tahu Fauzi dan Nisdawati akan minta maaf sekaligus menamatkan segala kontroversi yang berlaku.
Nota : Harap masalah ini dapat lah selesai dengan cepat bagi dua-dua belah pihak. Bagi pendapat korang siapakh yang memulakan dulu ? Cuba bagi pendapat siket ?
Sumber dipetik : Beutifulnara
No comments:
Post a Comment