Selepas menjuarai pertandingan 'Asian Wave 2012', penyanyi Shila Amzah sekali lagi menguji kemampuannya dengan menyertai program realiti terbaru berjudul 'I Am a Singer' di China. 
 
Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun yang dibuat khas oleh peminatnya, beberapa gambar poster telah dimuat naik di samping cara-cara untuk menonton rancangan itu menerusi pelbagai saluran yang disediakan.  
"Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm. Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.
 
"Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam 'I am a Singer'. Terima kasih kerana memberi sokongan," tulis Shila menerusi akaun Twitternya. 
 
Kepada peminat Shila, jangan ketinggalan memberi sokongan kepada penyanyi kesayangan anda ini. Tidak mustahil untuk Shila mengharumkan nama negara sekali lagi.